CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, November 12, 2009

Salam

busana kak bad dengan lingkaran kasih vs GOODY
tudung eykin - ilahm dari beauty n the beads (yang makin mantopp)
busana T.A yang mahu dilakarkan bagai BLING BLING BUBBLE... alahai material, gerun betul!
busana teman kak Bad...
Salam buat semua yang sudi melayari blog saya. Dalam kesibukan mengejar kelas dan exam mid dan final bulan depan, upgrading system di office, saya diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT ntuk menyiapkan beberapa helai (tak banyak sangat pun...) busana teman lama mahupun yang pertama kali berurusan dengan saya. Alhamdullillah. Buat Kak Bad, yang tak jemu jemu mahu saya menghiaskan busananya - kali ini saya jahitkan patern lingkaran kasih dan saya tukarkan namanya sebagai BLING BLING GOODY, teman beliau yang 'pending' lagi 2 helai busana(Insyaallah deliver next week), dan T.A yang baru saya kenali yang mahu saya hiaskan bagai BLING BLING BUBBLE cuma kerisauan beliau takut mengelebeh di sebabkan materialnya dari chiffon yang nipis namun cantik. Buat anda semua para pelayar internet, let's view it and till then keep on bling bling ya!

Sunday, October 25, 2009

Salam Aidiladha

Salam buat kesekian kalinya. Saya menyusun jutaan maaf kerana kesibukan harian menyebabkan saya tak dapat meneruskan beberapa agenda yang telah disusun rapi. Setelah di kaji dan dinilai, saya rasakan kelas jahitan manik hanya akan dapat saya adakan selepas saya tamatkan pengajian saya semester ini yang Insyaallah dalam tahun depan bulan Januari @ Februari 2010(hu hu lama tu kan)... beading works still on the go but tak semeriah hari raya. boleh katakan saya menjahit sekarang hanyalah untuk tempahan rapat sahaja. (dah macam tak cukup tangan sekrang ni... terkejar kejar) mmm kesibukan di office dengan projek upgarding system, anak2 yang mahukan perhatian, kelas yang sememang memenuhi agenda hari minggu....
Maaf buat semua dan sekiranya saya tidak sempat meng'update' apa-apa sehingga kedatangan Hari Raya Aidiladha, sekali lagi saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf ya. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
Kepada teman - teman bloggers mahupun pengunujung yang akan menyambut Panggilan ke Makkah dan Madinah menunaikan fardhu haji, Saya doakan agar agar anda dikurniakan haji yang mabrur, sihat dan dapat menjalan ibadah dengan lancar dan sempurna dimana saja anda berada.
kepada teman yang sudi singgah, saya sudahi dengan serangkap pantun.... till then keep on bling bling ya!
nasi lemak buah bidara
masak bersama sambal tumis
sepuluh jari disusun bersama
salah dan silap harap dimaafi.

Thursday, September 24, 2009

Selamat hari raya, maaf zahir batin

Salam lebaran.... Semoga sebulan yang dilalui ini penuh dengan KESABARAN, empat minggu dalam KEIMANAN, 30 hari dalam KEBERKATAN, 720 jam dalam KASIH SAYANG dan 43200 saat penuh dengan SENYUMAN dan KEGEMBIRAAN.... Sempena 1 Syawal ini, saya ingin menyusun jari sepuluh, memohon maaf kepada para bloggers mahupun sahabat sahabat yang sudi mengunjungi BLING BLING blog saya.
Ketupat rendang hidangan raya
buat santapan teman dan saudara
terima kasih buat semua
Percaya dan yakin pada saya
lemang ada, ketupat palas pun ada
bahulu, kuih bangkit tak juga dilupa
Saya hanya manusia biasa
Salah dan silap, Jari sepuluh disusun maaf dipinta
kunjung mengunjung amalan mulia
rapatkan talian mesrakan hubungan
buat teman buat saudara
diucapkan SELAMAT HARI RAYA dari kami sekeluarga

Bling Bling warisan

Ingat tak BLING BLING BUBBLE milik teman saya, Najwa. hmm inilah hasil tangan saya unutk busananya yang ke dua. Tak tahu kenapa saya memilih nama WARISAN, tapi saya hanya dapat berdoa agar sehi jahitan manik ini akan terus menjadi warisan. Amin. Buat semua enjoy and keep on bling bling ya!. Alhamdullilah.

Taburan premium

Premium??? saya tak pasti sangat maksud premium, mungkin faktor jahitan rapat kali ini saya mahu namakan TABURAN PREMIUM. Keseluruhan manik yang saya gunakan jenis hex, 3 warna dan saya gelombangkan coraknya. Boleh tahan berat dan penat jugak mengatur beads tuh.. tapi saya syok dan puas hati melihat hasilnya. Alhamdullillah. pepun keep on bling bling ya!