Saturday, September 8, 2012
Friday, July 6, 2012
Chenta of Chenta
Issh takkan sejarah nak berulang??? tidak, nehi.......
Teknik ni teknik kak kuntum namakan Bling Bling Chenta akak Shimmering Flora by my beading sifu Nora Rahman (credit to her). kalai ini kak kuntum tambahkan elemen bunga dari fabrik dan disulamkan dengan jahitan bunga dahlia, sisik ikan, single and double wing, manik berangkai dan dipenuhi dengan taburan manik dan pearls.
Design Chenta ini memang originally menggunakan banyak sequine pelbagai bentuk dan warna. Macam bunga-bunga cinta gitu. meriah dengan warna warni kehidupan ceewwaaahhh. dan jangan kedekut untuk menggunakan warna dan material. baru kita nampak 'keakraban' sulaman.
So... kawan kawan kak kuntum sayang, sementara kak kuntum menyimpan tempahan yang limited edition tuh, ejoy this picas yer.
![]() |
| teknik: single wing, mutiara berangkai |
![]() |
| sisik ikan disulam baru baroque, sequine bunga dahlia, taburan manik dan bunga fabrik biru |
Friday, February 18, 2011
Chenta @ Shimmering flora (by Nora Manik)
Thursday, January 21, 2010
chenta hati
Salam semua....
Tahun baru, azam baru walaupun tak da azam ataupun ada azam yang tak pernah dicapai, buat2 je ada azam baru sempena tahun 2010 he he.
Azam saya tahun ni dan seperti tahun2 dulu dan yang sewaktu dengannya adalah 'HAKUNA MATATA' . sapa pernah tengok cita lion king mesti tau apa dia hakuna matata....
HAKUNA MATATA - kalau diapplykan rasanya boleh hilangkan stress, hepi skit dan hidup lebih rilex.
berbalik pada BLING BLING saya. doa saya dan doakan bersama saya ya... agar saya dikurniakan lagi dengan ilham-ilham yang memberansangkan dan umphh. dan saya boleh share the idea dengan anda semua ya. Ad hoc request dari loyal customer, kena siapkan dalam masa 4 hari katanya nak hadiri majlis persaraan gurubesar di sekolahnya. baju baru siap, then nak buat beads. 'Menanah' akak nak cari idea (pinjam ayat kak mah - gali) last2 setelah campur tolak darab bahagi nilah hasilnya
Alhamdullillah sementelah dah habis exam dan tengah dok 'melenggak' (nak tau apa maksud ayat ni, pi cari orang Kedah @ penang untuk sessi alih bahasa)... ni boleh jugak buat hilang boring. Lagipun tgh cari idea nak masuk contest fdtim mac nanti.
pepun jom layan bling bling ya!
Wednesday, August 5, 2009
Sunday, August 2, 2009

Salam semua.
Terima kasih atas kunjungan anda samada yang baru mahupun yang lama. Kesudian anda mengunjungi blog saya, amat saya hargai.
terima kasih jugak panggilan telefon yang saya terima dan juga teman yang mempercayai hasil kerja tangan saya. kepercayaan anda terlalu bermakna buat saya. Terima Kasih daun keladi, kalau sudi,tempahlah lagi ya...
buat teman bloggers dan jugak teman viewers... saya paparkan Pre bling bling CHENTA...
Full version akan saya upload selepas editing ala ala semi-pro saya siap ok.
selamat menjamu mata dan till then keep in bling bling ya!
Tuesday, May 5, 2009
blingbling Chenta
seperti biasa, saya paprkan sekali lagi gambar busana chenta @ shimmering flora Noramanik milik kak Bad . waktu yang diberikan hanya 2 minggu dan Alhamdullillah saya dapat menyiapkan mengikut tarikh yang diminta disamping mengejar mid term exam.
just enjoy and keep on bling bling ya!
Tuesday, April 28, 2009
Bling bling Chenta (wip)
dalam sibuk menghadapi mid term exam, ada urgent request dari kak Bad untuk menata rias busana yang mahu disarungkan 1hb Mei. so sementara menantikan yang siap.... ini yang work in progress...
till then keep on bling bling!
Friday, March 27, 2009
Bling Bling Chenta
tapi setelah saya mengikut kelas beliau, nah... inilah hasilnya. walaupun tak setanding sifu, tapi saya akan tetap teruskan kersatangnan saya dalam bidang beading ni.
busana milik sister in law saya yang sudah lama saya peram. bukannya sengaja tapi tak der ilham. sementelah tuan empunya baju tidak menggesa, saya agak bebasuntuk mencorakkan busana nya.
kepda Nora dan Lily, thanks for teaching me. for other viewers, keep on bling bling ya!
take care!











