Friday, July 6, 2012

Chenta of Chenta

Assalamualaikum.
Kak kuntum tetap nak update pasal bola. Last sekali kak kuntum layan game bola hujung tahun 90an masa world cup, pastu tak dak dah. Ntah apa bisikan yang kak kuntum dapat, boleh layan menda tu balik. Player pun brapa kerat kak kuntum kenal (walupun kak kuntum boleh potong jari kalau depa tu kenai kak kuntum ni...), itupun yang 'hebat hebat la'... tapi bukan cristiano ronaldo yer! 
Euro cup belong to Spain. Macam best,macam tak best. tapi Kak Kuntum layan sempat half time. Mengatuk giler beb. Kalau time final tu 12.45 macam masa mula league ok gak, ni dia gasak kul 2.25am. gigih betul kak kuntum kali ni. Bila fikir balik macam tak sedar diri pun ada gak (shhh luahan hati ni antara kita kita jer tau!).
 
Kejap jer kan dah nak masuk Ramadhan. Puasa ada lagi 2 hari nak ganti. Biasalah target last minit. Alasan memacam. Ndak2 time kita ganti puasa tu lah macam-macam agenda makan timbul. Padahal kalau tak makan pun, bukannya kena gastrik pun... Hu hu bilalah nak gigih melawan nafsu ni...?

tempahan kak kuntum Alhamdullilah, rezeki Allah. tetap tak banyak. sebab kak kuntum ni parttimer. so tak boleh lah menyalahi waktu kerja untuk menyulam bagai kat opis bila terlalu banyak tempahan. Ukr baju kat badan sendiri (FYI, kalau nak senang u olls beli baju ready made tak payah susah ukur-ukur) Tak nak jugak saat akhir menjahit dalam kereta OTW balik kg nak raya, then hantar baju customer malam raya. sib baik kampung dia perlis, kak kuntum kat kedah.
Issh takkan sejarah nak berulang??? tidak, nehi.......


Teknik ni teknik kak kuntum namakan Bling Bling Chenta akak Shimmering Flora by my beading sifu Nora Rahman (credit to her). kalai ini kak kuntum tambahkan elemen bunga dari fabrik dan disulamkan dengan jahitan bunga dahlia, sisik ikan, single and double wing, manik berangkai dan dipenuhi dengan taburan manik dan pearls.

Design Chenta ini memang originally menggunakan banyak sequine pelbagai bentuk dan warna. Macam bunga-bunga cinta gitu. meriah dengan warna warni kehidupan ceewwaaahhh. dan jangan kedekut untuk menggunakan warna dan material. baru kita nampak 'keakraban' sulaman.

So... kawan kawan kak kuntum sayang, sementara kak kuntum menyimpan tempahan yang limited edition tuh, ejoy this picas yer.
 
 

teknik: single wing, mutiara berangkai
sisik ikan disulam baru baroque, sequine bunga dahlia, taburan manik dan bunga fabrik biru

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More