Showing posts with label Bling Bling 3D. Show all posts
Showing posts with label Bling Bling 3D. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

3D in the house

Salam semua.
Dah habis ganti posa tahun lepas (err saya ada beberapa hari lagi... biasala last minute deal ha ha) Kalau anda pusa sunat Alhamdullillah, teruskan. bagus tu.

Harap tak terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan Syaaban. Jangan lupa tau, 5julai ni, nifsu Syaaban, segala amalan kita setahun akan diangkat dan diberikan buku yang baru. dan sempena tu, saya memohon maaf sekiranya saya secara langsung, tak langsung menyakiti atau pernah membuat anda semua terasa hati dengan sikap saya mahupun tuturkata saya...

Oklah.

Tajuk 3D. pergh orang nak 3D awok pun tumpang sekali. tapi bila nayer kastemer, ndak ajer, tapi budjet tak berapa ndok. Faham sangat. sebab tu saya amalkan bertanya bajet brapa setelah customer berikan saya bayang-bayang design yang dimahukan. So win win situation. Kes customer saya ni,, dia ok sangat. TAk kisah, bagi design cakap harga, on jer. Alhamdullillah.

Berbalik pada baju ni, dapat baju ni, dan setelah diberikan anggaran kos, saya mula terfikir apa aku nak buat. Proses mencari idea bermula. Antara yang saya belek, buku 3D Rosita Jaafar
nilah bukunya...

Nak dijadikan rezeki, belek punya belek, terbuka mukasurat 56-57. Haa kau, sebijik! cuma beza tona warna agar lembut sedikit dari buku Rosita jaafar. Selesai cari design!
itu baru design. bab warna pulak...
boleh dikatakan design 90% daripada design Rosita Jaafar (credit to her. Moga beliau terus dilimpahkan rezeki dari ALLAH SWT) tapi material yang digunakan, boleh dikata tak semua saya ikut RJ. Warna juga tidak sama mungkin 20% jer sama.
Lakaran bermula dan boleh dikatakan saya ikut step RJ. 
Saya masih lagi mengekalkan batu baroque dalam setiap rekaan saya. Saya tak letak banyak, just bagi highlight pada rekaan. Pearl glass pelbagai saiz juga saya tambah untuk seimbangkan rekaan. Daun yang menggunakan teknik 3D (teknik 3D gunakan manik round yer) saya gunakan 3 tona warna hijau rainbow. . Sulur paut juga, menggunakan 3 tona warna yang berbeza tapi dari kelompak hijau juga. 
Arylic stone saya selitkan untuk bagi kesan highlight tapi warnanya tak 'overshadow' baroque saya. 
tambahan dari design saya tu saya 'splash'kan manik tabur  pada rekaan. 
Tak sama kan... walupun ada iras iras sikit... Alhamdullillah dah siap. (dah lama siap cuma lupa nak tepek kat sini).
Cukup kot saya berceloteh kali ini. TErima kasih kerana sudi tunggu saya upload dan melawati blog dan fb saya.
till then keep on bling bling!


Friday, June 15, 2012

Mata mengantuk wehhhhh...

Salam semua.
Rasanya musim Euro kali ini saya terlibat secara langsung (oh tidakkkk aku dah terjebak!).
Mana tidaknya, saya dapat sindrom 'tak boleh tidur'. tapi sebenarnya diri sendiri yang mencari nahas, sebab lepas tengok cerita korea Miss Ajumma kat OneHD terus menerus siaran langsung menjahit sambil marathon tengok bola. 
So sekarang saya boleh cerita ngan anak2 saya, siapa player, club mana dia main, macamana dia gelecek bola, gol cantik (ha ha saya dah advance ngeh ngeh)
bab cerita team yang paling saya suka team France sebab ada nasir (nama penuh tak tau tapi dia pakai jersi no.11 club manchester city dan Karim Benzema jersi no.10 club real madrid) - hansem woo, team GErmany - ada Ozil jersy no.5 club real madrid (mata dia macam mata ikan emas ha ha) 
no wonder ada cakap2 yang kata perempuan bukan tengok bola tapi tengok player.... ha ha. Jangan marah haa abang2 somi. seminggu jer. Team yang saya tak suka... semestilah Portugal sebab dia ada Cristiano Ronaldo (eee kekwat habis, haraplah tak masuk semi final pun!) tapi bola tu kan bulat. siapa pun yang menang, yang penting harimau malaya tetap di hati!! Terbaek!!
 Penat dok bercerita tentang Euro2012, berbalik pada cita jahit menjahit cik kuntum...
tempahan dan booking sudah mula masuk. Kak Kuntum (nama ni diberi oleh abang mael kat opis yang kononnya mahu nama kawan kawan cam nama orang doloo dolooo, bantai jerlah depa nak panggey chek apa, janji cheq tetap maintain ha ha) terpaksa nak mengedit tawaran yang masuk. sebab kak kuntum ni penjahit profesional (ahaks perasan diva!) almaklumlah bulan posa, nak masak lagi (kuang kuang walaupun mengatur menu kat restaurant shhhh), nak wat cornflakes madu lagi (ni faverate anak-anak),
So ada kejadian kejadian sebiginilah saya menghadkan diri untuk menerima tempahan. takut tak sempat menjahit, harapan orang nak berbling bling raya ni dah sentap! sapa yang susah  nanti? mestilah kak kuntum.
Standard ISO kak kuntum mesti kena jaga... maintain KPI you.

berbalik pada busamna teman, dia bagi kak kuntum bajet sekian sekian, tapi baju batik ni mahu mahu dijahit atas corak. fikir punya fikir, saya decide nak jahit pada kuntuman bunga-bunga cinta yang outsanding kat busana ni yang matrialnya shifon. tapi kategori shifon ni okay, tak delah gemalai lembayung sangat, senang sikit walaupun.....

tengah tengah bunga, saya gunakan mata incredicleble hulk (he he  sebab warna hijau!) saya gunakan teknik peyote (credit to umi pepari) dan sulur paut disamping manik tabur. kebanyakan manik saya gunakan manik hex dan round.
 yang ini saya buat ala-ala wheel of fortune (boleh ka nama tuh??) juga gabungan dua jenis manik hex dan round yang mana jahitan gunakan teknik sulur paut dan manik tabur.
setakat ni jer kot. rasanya saya ada beberapa lagi design, nanti saya sharekan okay. till then keep on bling bling ya!

Monday, June 4, 2012

Roses in 3D and taburan

Salam semua.
Bertemu lagi. Puhh minggu kenduri kawen di sana sini. Alhamdullillah. Sanak saudara, rakan taulan berkumpul. Masa ni lah happening selain dari bertemu di laman 'muka buku!' Jadual hujung minggu penuh. Jemputan diterima dan wajib untuk kita hadiri walaupun perut menjerit STOP dah penuh! jangan di sumbat lagi. So buddies... pandai-pandaila adjust. he he

Oklah bercerita tentang kenduri kawen, banyak jugak tempahan yang datang. Off course dihantar awal untuk mengelakkan saya sendiri yang 'jem"!
Masa pergi kenduri pun, sambil pergi makan kenduri, mata saya menjeling busana2 yang chantek chantek. ada yang extravaganza, ada yang asal boleh. Janji 'vogue' yang paling penting saya tahu, setiap wanita mahu cantik. terpulang pada empunya diri bagaimana mahu kelihatan chantek!

Kembali pada koleksi bling bling saya. Permintaan untuk sulamkan dipergelangan tangan. Kain yang mempunyai corak kadang kalau agak senang unutk saya suai padankan warna.
Tips: cari warna yang paling sikit, dan gunakan warna tersebut sebagai highlight rekaan kita. Jadi busana itu akan lebih outstanding. cubalah!
Kain yang diberikan kali ini adalah... shifon!!! err so kena buka jahitan kat tangan, letak kain lapik!
Fikir punya fikir, saya buatkan design ni.
Bunga ros yang menggunakan 3 ton warna dan manik round. dan daun pun menggunakan manik juga jenis round 2 tone.
di tengah kelopak bunga, saya mahu letakkan arcrylic namun, tak dapat mencari warna yang sesuai makanya saya menggunakan pearl 4mm.
untuk touch up saya jahit manik hex secara taburan rawak seperti biasa berroda senada tanah baju.

So buddies... till then saya uploadkan rekaan terbaru. Selamat menjamu selera di kenduri2 dan keep on bling bling!

Tuesday, April 3, 2012

3D in the house....

Salam semua.
Sebenarnya saya tidak dalam keadaan yang sihat. Demam dan suara yang teramat serak. mungkin peringatan dariNYA untuk saya kurangkan bercakap. Saya masih cuba dan akan terus berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Doakan saya ya.
Banyak yang berlaku pada saya kebelakangan ini... Itu juga mungkin salah satu faktor saya agak jarang menulis blog. Namun saya sebagai manusia biasa yang imannya hanya senipis kulit bawang. Air mata yang saya cuba kawal, akhirnya tumpah jua. Saya layankan perasaan itu juga. Tidak salahnya untuk menangis. dan lama tak menangis he he.... Fragile juga saya. Bila difikirkan kembali kenapa lah saya menangis, tapi tak salah nak refill kolam airmata saya kan ha ha. Yang pastinya saya harus lebih banyak membaiki diri kerana ujian yang diberikan Allah pada saya untuk membaiki diri saya yang leka ini. Namun Alhamdullilah, perasaan sedih itu sirna juga akhirnya.

Cukup lah membebel pasal sayakan. Sekadar meluahkan rasa hati yang masih terbuku.


Berbalik pada BlingBling yang saya tinggalkan sementara.
Sebenarnya, saya masih lagi aktif mengambil tempahan dan Alhamdullillah tempahan masih ada dan saya tengah berkira-kira untuk menutup tempahan untuk Aidilfitri nanti. Maklumlah saya menjahit diwaktu malam. sementara nak sampai ke rumah memakan masa dan juga kekangan yang ada kadang2 buat saya tak sempat untuk menumpukan perhatian saya pada minat saya ini.
Kali ini saya paparkan rekaan 3D saya yang saya lakarkan pada tudung dan busana polos kuning. Ini cuma 2/3 dari full creations. Sulaman penuh akan saya uploadkan nanti. Tudung shiffon kepunyaan saya yang jahitkan mengikut potongan syria (saya penggemar tudung syria juga) yang saya gayakan bersama dress labuh semasa majlis makan malam syarikat tempat saya bekerja. Azam tahun baru saya (sebenarnya saya tak pernah mahu mempunyai azam, tapi untuk perniagaan saya... saya kuatkan semangat!) saya akan pastikan kebanyakkan (yang pastinya tak semua....) akan dihiasi manik sebagai tujuan promosi. Dah banyak kengkawan bertanya, tukang jahit tapi tak der baju manik sendiri. Kalau dulu alasan saya senang jer... jahit baju orang dapat duit, tapi jahit baju sendiri tak dapat duit. sebab tu tak jahit. Ha ha alasannnnn

Busana polos kuning milik teman persekolahan yang sabar bersama saya. Dia tidak kisah sebenarnya bagaimana saya mahu mencorakkan busananya. Nanti saya akan cerita teknik jahitan bila full version dah siap yer.

Akhir kalam... Saya tinggalkan nukilan saya ini bersama anda untuk anda nilaikan.
Forgiveness is like a key that unlocks our hearts, causing all our resentment to flow out and love to flow in .... by Marianne Williamson.

Monday, December 19, 2011

Bling Bling 3D is arrived!!


Busana yang kali pertama diberikan tugas untuk saya hiaskan milik seorang pendidik. Beliau berikan saya kebesan untuk menghias dan saya memilih untuk menggunakan teknik 3D yang saya rasakan agak 'senang' berbanding teknik crumble by Umi papari yang original.
Alhamdullillah beliau menyukai rekaan saya. Buat semua. Enjoy!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More