Monday, June 4, 2012

Roses in 3D and taburan

Salam semua.
Bertemu lagi. Puhh minggu kenduri kawen di sana sini. Alhamdullillah. Sanak saudara, rakan taulan berkumpul. Masa ni lah happening selain dari bertemu di laman 'muka buku!' Jadual hujung minggu penuh. Jemputan diterima dan wajib untuk kita hadiri walaupun perut menjerit STOP dah penuh! jangan di sumbat lagi. So buddies... pandai-pandaila adjust. he he

Oklah bercerita tentang kenduri kawen, banyak jugak tempahan yang datang. Off course dihantar awal untuk mengelakkan saya sendiri yang 'jem"!
Masa pergi kenduri pun, sambil pergi makan kenduri, mata saya menjeling busana2 yang chantek chantek. ada yang extravaganza, ada yang asal boleh. Janji 'vogue' yang paling penting saya tahu, setiap wanita mahu cantik. terpulang pada empunya diri bagaimana mahu kelihatan chantek!

Kembali pada koleksi bling bling saya. Permintaan untuk sulamkan dipergelangan tangan. Kain yang mempunyai corak kadang kalau agak senang unutk saya suai padankan warna.
Tips: cari warna yang paling sikit, dan gunakan warna tersebut sebagai highlight rekaan kita. Jadi busana itu akan lebih outstanding. cubalah!
Kain yang diberikan kali ini adalah... shifon!!! err so kena buka jahitan kat tangan, letak kain lapik!
Fikir punya fikir, saya buatkan design ni.
Bunga ros yang menggunakan 3 ton warna dan manik round. dan daun pun menggunakan manik juga jenis round 2 tone.
di tengah kelopak bunga, saya mahu letakkan arcrylic namun, tak dapat mencari warna yang sesuai makanya saya menggunakan pearl 4mm.
untuk touch up saya jahit manik hex secara taburan rawak seperti biasa berroda senada tanah baju.

So buddies... till then saya uploadkan rekaan terbaru. Selamat menjamu selera di kenduri2 dan keep on bling bling!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More