Tuesday, June 26, 2012

3D in the house

Salam semua.
Dah habis ganti posa tahun lepas (err saya ada beberapa hari lagi... biasala last minute deal ha ha) Kalau anda pusa sunat Alhamdullillah, teruskan. bagus tu.

Harap tak terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan Syaaban. Jangan lupa tau, 5julai ni, nifsu Syaaban, segala amalan kita setahun akan diangkat dan diberikan buku yang baru. dan sempena tu, saya memohon maaf sekiranya saya secara langsung, tak langsung menyakiti atau pernah membuat anda semua terasa hati dengan sikap saya mahupun tuturkata saya...

Oklah.

Tajuk 3D. pergh orang nak 3D awok pun tumpang sekali. tapi bila nayer kastemer, ndak ajer, tapi budjet tak berapa ndok. Faham sangat. sebab tu saya amalkan bertanya bajet brapa setelah customer berikan saya bayang-bayang design yang dimahukan. So win win situation. Kes customer saya ni,, dia ok sangat. TAk kisah, bagi design cakap harga, on jer. Alhamdullillah.

Berbalik pada baju ni, dapat baju ni, dan setelah diberikan anggaran kos, saya mula terfikir apa aku nak buat. Proses mencari idea bermula. Antara yang saya belek, buku 3D Rosita Jaafar
nilah bukunya...

Nak dijadikan rezeki, belek punya belek, terbuka mukasurat 56-57. Haa kau, sebijik! cuma beza tona warna agar lembut sedikit dari buku Rosita jaafar. Selesai cari design!
itu baru design. bab warna pulak...
boleh dikatakan design 90% daripada design Rosita Jaafar (credit to her. Moga beliau terus dilimpahkan rezeki dari ALLAH SWT) tapi material yang digunakan, boleh dikata tak semua saya ikut RJ. Warna juga tidak sama mungkin 20% jer sama.
Lakaran bermula dan boleh dikatakan saya ikut step RJ. 
Saya masih lagi mengekalkan batu baroque dalam setiap rekaan saya. Saya tak letak banyak, just bagi highlight pada rekaan. Pearl glass pelbagai saiz juga saya tambah untuk seimbangkan rekaan. Daun yang menggunakan teknik 3D (teknik 3D gunakan manik round yer) saya gunakan 3 tona warna hijau rainbow. . Sulur paut juga, menggunakan 3 tona warna yang berbeza tapi dari kelompak hijau juga. 
Arylic stone saya selitkan untuk bagi kesan highlight tapi warnanya tak 'overshadow' baroque saya. 
tambahan dari design saya tu saya 'splash'kan manik tabur  pada rekaan. 
Tak sama kan... walupun ada iras iras sikit... Alhamdullillah dah siap. (dah lama siap cuma lupa nak tepek kat sini).
Cukup kot saya berceloteh kali ini. TErima kasih kerana sudi tunggu saya upload dan melawati blog dan fb saya.
till then keep on bling bling!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More