Friday, July 13, 2012

Kesian Anak2 sekarang, kesian lagi anak2 akan datang

Kak kuntum rasa kak kuntum bukan orang yang arif untuk berbicara mengenai kewangan ataupun duit ringgit ni (kak kuntum bukan tak pandai tapi tak amik tau sangat)
Tapi semakin kak kuntum baca dan tengok, kak kuntum dapat rasakan parents tak boleh mengharapkan anak2 untuk menjaga parents pada masa depan...

Antara sebabnya (jangan marah... ini cuma pendapat kak kuntum yer)
* BUKAN anak kita tak bertanggungjawab.... tapi kekangan kehidupan masa depan kita tak boleh pertikaikan...

- harga rumah (landed property) sekarang double storey 8 tahun dulu (di Kajang, Sg Buluh, Gombak) hanya 150k++, tapi sekarang 398k++ betul tak? Mahal kan? mahal gilerr kan? RAsanya gaji siswazah sekarang yang baru kerja, tak mampu beli rumah landed, apartment kat KL mungkin boleh itupun dah harga 180k++
Boleh baca diakhbar, kerajaan terpaksa bagi pelbagai insentif untuk membolehkan adik2 kita beli rumah sekarang, tapi ada yang masih tak mampu.  Kesiankan... 
bayangkan lagi 10 tahun, berapa harga rumah... dan adakah anak kita mampu memiliki aset tersebut?
jadi bukannya mereka tak sayangkan kita ibu bapa mereka. mereka tak mampu (jangan disumpah anak2 yer sebab mereka tak dapat jaga kita masa tua nanti)

- kos perkahwinan sekarang tak kurang 20k (itu yang majlis biasa-biasa, kat rumah, kat dewan serbaguna), bayangkanlah lagi 10 tahun... habis duit simpanan, duit EPF untuk belanja anak kawin... kalau sorang anak saja, ok lagi, tapi kalau empat anak (katakan lagi 10tahun kos naik 50k x 4 anak = 200k) cukup tak duit ekk? Boleh ker kita buat kenduri kawin ngan duit simpanan kita?? kita nak belanja lagi... dahlah tak der pencen... hu hu

- orang berpencen sekarang (macam mak kak kuntum dekat 2k sebulan) alhamdullillah. tapi kalau 15 tahun lagi pencen , tak cukup rasanya pencen 2000 sebulan...

Jadi sebagai parents, kak kuntum rasa kak kuntum masih terpaksa bantu mereka... dan pada masa yang sama bantu diri sendiri untuk tidak membebankan anak-anak. tapi kalau kak kuntum tak MENYIMPAN DENGAN CUKUP sekarang macamana nak tolong anak2 ngan diri sendiri? nak pergi buat haji, nak melancong, nak rehat sebab nak beribadat tanpa perlu bekerja lagi ( kak kuntum tak sanggup nak kena kerja lagi wpun umur dah 58tahun kerana tak cukup pendapatan dan tak der pencen...)

sebagai PERMULAAN... 
kak kuntum dah start pelan pencen peribadi TANPA melibatkan duit gaji sekarang
(duit gaji sekarang masuk sebulan SEKALI, keluar sebulan BERKALI-KALI... bayar instalment rumah, kereta, astro, hp, air, letrik, insurans, asb bla bla... sapa yang sama kes ngan kak kuntum, seila angkat tangan macam sayer)

So kalau nak join kak kuntum start pencen peribadi TANPA usik duit gaji... email kak kuntum
baizurabakar.pm@gmail.com
jom start sekarang!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More