Friday, July 20, 2012

Marhaban ya Ramadhan

(credit to: http://seikenkarate.wordpress.com/2011/07/22/ramadhan-2011-greetings/)
Buat semua kawan2 se'cyber' kak kuntum (dah melekat dah nama ni nampaknya...), yang sudi menjenguk blog kak kuntum walaupun tanpa kata, tanpa cerita dari anda. Kak kuntum tahu, anda masih bersama kak kuntum. tanpa jemu. tanpa ragu. Terima kasih dan salam sayang kak kuntum untuk anda semua! muahhss!!

Kak kuntum tahu  anda semua yang terbaek dan prihtain tentang kak kuntum. mahu tahu apakah posting terbaru kak kuntum. Kak kuntum biasa biasa saja. Tidak mengupload, bukannya sebab apa. tempahan yang diterima alhamdullillah (walaupun aku dah terfikir takut tak sempat... matila)
rekaan yang agak senang amat menyenangkan dan meringankan kak kuntum (sekarang ni tambah lagi satu kerja... unit trust consultant pulak but Alhamdullillah)
nanti kak kuntum story mory kat sini,. kita buka satu topic pasal unit trust pulak . cita bagaimana kita boleh mengmaksimakan duit EPF kita, bagaimana nak jadikan 10000 menjadi 1juta (menarik tak? menarik kan?, haa mestilah menarik!. jutawan tu... gila tak menarik!!) sapa kata 10ribu tak boleh di jutawan. bukan MLM, bukan pakman telo, swis @#$% bagai.. no no no, nehee nehee.. ini sah. duit titik peluh kita, simpanan jangka masa panjang (semestinya bulan dalam masa 3 tahun nak dapat 1juta adik manis...) tapi kalau kita beristiqamah Insyaallah.

melalut kak kuntum oooi

Sempena pengishtiharan hari pertama Ramadhan (kak kuntum dok terbayang Datuk yang mengikhtiharkan Ramadhan yang dulu dulu tu... apa ntah nama dia... sat gi kak kuntum tanya uncle Goo) yang jatuhnya pada sabtu ni bersamaan 1 Ramadhan (tahulah tu kan) bersamaan jugak dengan 21 Julai 2012...
 Maka dengan itu... saya kak kuntum aka NOR BAIZURA ABU BAKAR (gambor kat sebelah kanan blog ni...) inign menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segalanya nya. Halalkan segalanya.
Dan Kak Kuntum aka NOR BAIZURA ABU BAKAR juga memaafkan anda semua kawan2 kak kuntum yang kak kuntum kenal, atau tidak, anda yang yang lalu sekejap atau yang singgah lama.

Kak Kuntum juga halalkan sekiranya anda ada mengambil ilham jahitan kak kuntum tanpa sempat nak minta izin copyright. Takpa ilmu yang baik dan bermanfaat, kita kongsi bersama. Anda tak usik pun rezeki saya, dan saya tak mengambil rezeki anda, Insyaallah. Ilmu, Bakat , Rezeki,  semuanya anugerah ALLAH SWT. Benda baik sebar-sebarkan. kalau ada keburukan, bagitau kak kuntum yer.

Kak Kuntum izinkan. moga memberikan manfaat...

So kak kuntum tak pandai nak bagi tazkirah Ramadhan (mengaji tak habih lagi...). kak kuntum sharekan kat sini petikan dari blog Ustaz Dr Zaharuddin mengenai Ramhadhan Kareem...

Selamat berterawih
Selamat bersahur
Selamat berpuasa
salam sayang dari Kak Kuntum dan keluarga. Keep on Bling Bling!!


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/594-ramadhan-apa-perlu-faham-a-buat.html

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More