Monday, July 30, 2012

Beading Tips 1 - nak letak harga...

Salam Ramadhan Kareem...

Apa kabar budies kak kuntum?. Ada yang nampak anak bulan ker?. Takpa jgn risau kalau nampak anak bulan awal.. nanti bila anak bulan 'dah tukar' (tetiba teringat sathiya) posa balik no. jangan lupa ganti tau! jangan diamalkan selalu ganti posa masa bulan syaaban, takut takdan (takdan - tak sempat dlm loghat kedah).

Oklah go back to the actual post (orang kampung kak kuntum memang cakap.mcm ni.. 'pintu gate, pi merket',) cita mengenai nak letak harga jahitan manik. Kak kuntum pun masa once upon a time (speaking lqgi!) pun menggagau (tau ka apa maksud menggagau? ertinya macam mencari cari)  nak letak harga. Masa gi belajar manik kelas 'a' tak bagitau pun. Masa gi belajar kat kelas 'b' ada la bagi tau sikit skit. bla bla bla banyak tempat, banyak kaedah diaorang letak harga. Kak kuntum ada juga bertanya pada sifu sifu aka yang pandai jahit. ada yang nak bagitau, ada yang terus reject application kak kuntum . sedey you...
Itu pengalaman kak kuntum, yang kes baru belajar ambik tempahan pulak... ada juga yang berterus terang pada kak kuntum... tanya macam mana nak letak harga, mintak pendapat. Ada juga yang pakai kias fansuri .. orang melayu kita memang banyak bahasa kiasan sangat!. Ada yang email @ sms tanya design (konon cam nak tempah.. padahal kita tahu dia nak tanya design camni brapa upahnyer..ekeke) alahai dik nun... bukannya nak berkira tapi kalau berterus terang lagi baik rasanya. Kadang-kadang ada yang kantoi sebab tak abis belajar menipu. (achaner to johan?)
Kak kuntum setakat hari ini masih lagi waras rasanya.  Untuk peringatan: ini sekadar panduan. yang baik .. ikut, yang tak baik lupakan.ni sekadar panduan macam byellow pages. Dan sekiranya ada yang lebih baik, jom kongsi. Ingatlah.. ilmu & rezeki itu rahsia AllahSWT. Takkan rugi kita berkongsi ilmu yang memberikan manfaat. sekiranya kita tak dapat balasan, mungkin anak pinak kita ka, cucu cicit kita ker dapat balasan yang baik. ok sekian tazkirah kak kuntum pada minggu kedua Ramadhan 2013..

Haa mesti korang start berkata kata kan dalam hati... kata nak share tapi membebel jer. siap tazkirah bagai. tak baik ooo. lebih baik minta maaf cepat kat kak kuntum. cepat! cepat!
Tapi jangan risau .. kak kuntum dah maafkan dan juga kak kuntum halalkan ilmu juga design jahitan kak kuntum untuk digunakan sebagai idea jahitan korang. Ambillah. Gunalah! Satu jer pinta kak kuntum, sharelah pada orang lain. moga ilmu Allah ini terus berkembang dan dapat membantu ekonomi Islam secara langsung dan tak langsung!. (pss: kalau baik hati.. bagilah info pada kak kuntum, sekurang2 bolehla tengok hasil kerja dik.nun senua... k?!)

tips #1
Kebanyakan beaders yang kak kuntum kenal part time. so harga yang dipratikkan juga adalah sebagai part timer jugak... kira brapa jam kita menjahit. contohnya kita menjahit 2jam/hari darabkan dengan RM8.00/jam @ RM10 ikutlah ke'terror'an kita. jadi kalau kita ambil masa 4 hari
kiraannya: 4 x 2 x rm10 = RM80.00
itu baru upah, tak termasuk harga manik. so kalau anda pakai manik 10g x 3 jenis x harga manik berapa. contohnya: 3 jenis manik (design: taburan blingbling) x rm3.90 = RM11.70
total upah kita kenankan adalah RM80 + RM11.70 = RM91.70
Buatlah round figure jadi RM95 @ RM90 (bagi diskaun skit...)

tarif ni tak termasuk harga emergency... ada kes yang hantar lambat, tapi nak cepat. kita terpaksa potong que, so tambahlah sikit dalam 10% - 20% ikut keadaan dan design.

harga adik beradik dan kawan rapat juga berbeza... selalu nak mintak diskaun kan (betul tak? mesti betul sebab selalunya betul ha ha) so penyelesaiannya juga bagilah diskaun 10% atau 20% ikut ke'akrab'an kita dengan mereka.

so adik manis....
ada fahamka?
harapan kak kuntum, semuanya dapat faham. kalau tak faham sms @ email kak kuntum yer. InsyaAllah kak kuntum jawab, soon or later jer.

till then , keep on bling bling!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More