Sunday, July 6, 2008

Anggun Puteri


Salam...
Hmm sekarang masa untuk membalas dendam. Balas dendam ? bukan balas dendam sebab sakit hati, tapi balas dendam nak menjahit.
Alhamdullilah sudah ada yang menanti sepanjang masa cuti semester ini, sambil2 menjengah blog dan fotopages rakan2 beaders yang lain, untuk menambah ilmu. Terima kasih atas idea kalian, moga anda akan dikurniakan lagi idea2 yang lebih lagi.

Kali ini saya paparkan, jahitan baju pengantin butik kawan saya. Oleh kerana kain lace ini sudah tampak mewah, maka saya hanya menambahkan 'stone' dan sedikit manik. seperti biasa saya tidak gemar menenggelamkan kaindah kain lace, jadi beads yang saya gunakan berona agar sama dengan kain dan lace.

maaflah, kualiti gambar tidak cantik. kamera yang dulu masih belum dibaiki, dan ini saya gunakan handycam jer. apa2 pun keep on bling bling ya!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More