Tuesday, August 11, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam semua....

Alhamdullillah syukur ke hadrat ALLAH SWT dengan rezeki yang dilimpahkan kepada saya. Dengan rasa rendah hati, saya memaklumkan tempahan untuk hari raya Aidilfitri terpaksa ditutup. Segala tempahan yang masuk selepas ini, akan di'carried forward' ke selepas hari raya.


Saya juga mengambil kesempatan ini, mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Moga Ramadhan kali ini memberikan saya dan anda semua kesihatan yang baik untuk dapat menunaikan ibadat, kenikmatan dan kebahagian.



Saya ingin selitkan sedikit tentang Arwah Yasmin Ahmad. Sejak dulu, saya memang teringin bertemu dengan beliau. Saya ingin bertanya tentang cara beliau menangani hidup yang dikelilingi orang negatif. Namun sayang, saya takkan dapat peluang itu namun saya harus redha walaupun pemergian beliau sedikit mengecewakan saya. Saya yakin, ALLAH lebih menyayangi beliau. Buat Mak Inom dan Pak Atan bertuah kerana YASMIN AHMAD seorang anak yang begitu sayangkan anda berdua. Saya doakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More