Tuesday, August 4, 2009

Salam teman-teman,

Bertemu kita lagi.

Ingat tak entry saya mengenai contest di ZAIMANIK.fotopages.com?

Dan resultnya.... Alhamdullillah YAY !!!! saya berjaya memenangi tempat pertama !! makbul jugak kata2 kak Izan he he.

Terima kasih buat Zaimanik kerana mengadakan contest dan memilih saya. Lebih dari itu, saya sebenarnya ingin berkongsi denan teman2 tentang ilmu manik. walaupun saya tak berapa 'pro' tentang ini. Sama sama kita belajar ya.

Saya terima call dari Izan JB. masalahnya sama dengan saya ketika mula mula saya menceburi bidang ini. TErcari cari sumber untuk panduan jahitan. Harga yang patut diletak, teknik jahitan, kombinasi warna dan sebagainya.
Dan disebabkan ini jugak, saya tak jemu2 menghadiri kelas... kerana setiap SIFU mempunyai teknik yang berlainan.

Tapi, saya pun bukanlah berkesempatan untuk menhadiri kelas selalu. Kekangan-kekangan yang ada membataskan saya. Namun, pada Izan dan teman yang lain nanti saya akan kongsi seba sedikit ilmu yang ada bersama anda....

till then keep on bling bling ya!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More