Wednesday, October 13, 2010

Salam...

Hmm nampaknya saya baru dapat meluangkan masa untuk mengupdate blog ni yang dah bersawang lagi.


Dalam keadaan suami yang belum sembuh sepenuhnya, raya yang ala kadar (first time raya tanpa pulang ke Kedah hu hu... tak dapat menziarah kubur arwah ayah), dan kerja diopis yang berubuah tempat lagi.



Namun itu sebenarnya banyak mematangkan saya. Bagaimana untuk lebih bersyukur dan menilai sesuatu dari sudut yang berbeza. Bagaimana menghadapi pertanyaan demi pertanyaan (terutamanya tentang kesihatan suami saya dan juga kenapa saya tak balik kampung beraya!).



Pengalaman ini juga menjadikan saya lebih berilmu sebenarnya. Saya dapat menambahkan pengtahuan tentang penyakit yang dihidapai oleh suami saya, yang pada mulanya hanya mengalami simptom cronic gastritis - nausea and vomiting when he had an attacks.



Selepas beberapa lama, dia di diagnose dengan 'stones in gall bladder'. Bila masanya tiba untuk buat 'cholecystectomy' , dia kena demam dan terpaksa re'schedule' operation. Week after, dia di diagnose dengan 'jaundice'. Sejak dari itu, pada tanggal 03 august 2010, bermulalah episod masuk keluar wad di Hospital Selayang sehingga sekarang. Pelbagai plan dan treatment di buat, rawatan alternatif juga di cuba, tapi nampaknya belum betul-betul berhasil. Tapi Alhamdullillah, setakat ini, ada juga perubahan dan saya sekeluarga bersyukur atas segala yang dikurniakan ALLAH. Doa saya dan keluarga agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.



Maka itu juga sebabnya, saya tidak meng'update' blog dan facebook saya. Tapi mash mencuri masa untuk menjahit permintaan rakan dan teman. Gambar-gambar ada saya simpan, namun baru sekarang berkesempatan meng'upload'.



Maaf sekali lagi saya pinta kerana kelewatan ini. Buat anda yang masih lagi mengikuti perkembangan blog saya, saya cuba untuk lebih rajin ....



untuk itu saya tinggalkan anda dengan beberapa hasil tangan saya semperna Aidilfitri...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More