Thursday, May 5, 2011

wedding dress...

seluruh dunia sibuk memperkatakan mengenai dua perkara:


  • pembunuhan Osama Laden

  • perkahwinan di raja Duke dan Duchess of Cambridge
saya tertarik untuk bercerita tentang yang kedua, sebab yang pertama saya tidak arif mengenainya.

pada 29 April, saya antara yang tertunggu tentang perkahwinan abad ini. Talian internet saya jammed. saya cuba berkali kali, akhirnya saya berjaya mendapat sedikit footage.

terpesona saya melihat gaun pengantin Catherine Middleton. Simple tapi kelihatan mewah sekali. Mungkin saya agak kuno, tapi pada saya busana pengantin seharusnya kelihatan simple dan seharusnya berwarna seperti putih gading, off white ataupun creme. Kerana perkahwinan adalah sekali seumur hidup (ada yang 'bertuah' dapat kawin lebih dari sekali he he he), seharusnya pengantin memakai pakaian yang fabriknya tak akan di pakai oleh orang biasa amhupun untuk apa acara sekali pun.

Sebagai pencinta seni, saya amat terpesona...




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More