Thursday, December 8, 2011

Bling Bling Sephia


Salam buat semua.
Maaf kerana saya baru berkesempatan untuk meng'update' blog.
Minggu lepas saya berpeluang menghadiri kelas Crumble dan 3D dianjurkan oleh Umi Peparidsign http://peparidsign.blogspot.com/ di Senawang. 

Mungkin sebelum ni, pada saya sendiri, saya boleh katakan rekaan senang adalah crumble version ala ala crumble peparidsign kononya. tapi setelah mengikuti kelas beliau... mmm saya terpaksa ke klinik akibat vertigo! Ambik kau... Zura!

Bukannya apa, kalau diikutkan original design beliau, memang amat berpatutan dengan upah yang beliau kenakan. Dan yang paling menariknya, suami beliau jugak berganding bahu mengolahkan rekaan crumble. Teknik yang digunakan memang tak saya sangkan. Namun Alhamdullilah saya dapat menimba ilmu dari beliau. Tahniah dan terima kasih buat Umi dan suami yang memberikan saya ilmu crumble yang sebenarnya dan juga dalam ilmu 3D terbaru.

Dan pada saya juga, design 3d agak senang berbanding crumble yang berlapis lapis. Namun tak mengapa, saya akan terus menimba ilmu dalam sulaman manik.

Rekaan terbaru saya kali ini, busana milik Kak Bad yang mahu urgent saya saya hanya ada tempoh selama 2 hari untuk menyiapkan rekaan yang ringkas. Mengambil ilham dari tudung terbaru, maka saya olahkan sedikit dengan bunga lily, pintalan kasih, sulur paut dan juga taburan manik di atas busana. Faktor corak busana yang agak penuh juga dan masa yang terhad, membuatkan saya pilih rekaan ringkas ini.

Sampai jumpa lagi, keep on bling bling!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More