Wednesday, October 8, 2008

mummy jarum


Buat semua viewers, maaf sekali lag kerana saya tidak meng'upload' gambar terbaru. bukannya apa, tak sempat. Mungkin salah saya juga, tak pandai membahagikan masa. Kelas saya sudah bermula, acapkali juga, saya terpaksa berbuka di office dek kerja yang bertambah, anak sulung saya sudah mula bercuti. Cukup menambah kekalutan saat-saat akhir ramadhan.

Apa2pun, baju kali ini di hantar pada saya tepat seminggu sebelum raya. Hajat di hati nak menolak. Namun hajat orang, saya lunasi juga. seperti biasa saya menjahit bertemankan tv di dinihari. Filem mami jarum sudah banyak kali diputarkan. mungkin saya orang utara, makanya saya boleh lagi 'melayannya'. terbayang semasa saya menghadiri majlis perkahwinan teman sekolah lewat tahun 90an. masih ada mami yang mengenakan perhiasan emas yang penuh, tapi saya tak pasti keadaannya sekarang. Mungkin sebahagian dari adat resam sebahagian rakyat Malaysia.

Tapi tuan empunya baju ni, bukannya anak mami tau.. nun jauh disebelah malaysia timur. orang sarawak! Permintaannya, manik tabur, dan campuran warnaya saya buat mengikut warna kain. kain yang agak 'keras' menyenangkan kerja saya. mmm Tuhan memudahkan kerja saya di saat-saat akhir. Alhamdullillah.

till new upload, happy viewing and keep on bling bling ya!!

Assalamualaikum !

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More