Friday, October 31, 2008

Matahariku...



Salam di akhir Syawal.

bertemu kita lagi kali ini. Syawal sudah merangkak pergi . Bermulalah musim menunaikan haji. Kepada teman-teman viewers yang bakal menunaikan haji, doa saya agar anda selamat pergi dan kembali, dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan moga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Kembali pada coretan dan jahitan saya. Temanya kali ini, matahariku. Mungkin saya makin menggemari lagu nyanyian Agnes Monica yang selalu diputarkan oleh Linda Onn tatkala dia bertugas di konti Era. Tiada yang berkait rapat dengan lagu ini. hmmm melodinya mengasyikan.

Busana ini milik kak bad yang hanya diberi waktu pada saya kurang dari 3 hari untuk disiapkan. katanya dia mahu mengenakannya pada majlis anugerah kecemerlangan. Puas saya memberikan alsan , sementelah saya semakin sibuk dengan kuliah dan masa terlalu suntuk
saya. namun, there is a way if there is the will. makanya hasilnya, begini. Alhamdullilah saya dapat menyiapkan dalam tempoh 6 jam.

Bahagian hujung tangan saya jahitkan manik beriring beserta sequine kecil berwarna silver dan putih. saya juga letakkan bunga sequin berwarna putih dan brown beserta sebutir pearl disetiap kuntum. ditaburi dengan silver pearl kecil.
Bahagian tgh baju terdapat 3 kuntum bunga. saya letakkan sekali lagi bunga sequine yang sama, dan ditaburi silver pearl.

saya harap paparan ini, dapat memberi idea pada teman viewers. samapi berjumpa lagi, keep on Blingbling !!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More