Salam buat semua.
Maaf kerana saya terlewat untuk mengupdate tentang kegiatan terkini saya. Halangan demi halangan memang tak lekang dari lumrah kehidupan manusia. Cuma bezanya cara saya dan anda mengendalikannya. kita letak aebelah perkara tesebut...
Alhamdullillah, bengkel kedua saya telah diadakan pada 27hb feb. Nyza yang tidak dapat hadir pada sesi pertama hadir dengan ditemani suami. Tahniah pada para suami yang menyokong minat dan kesukaan isteri... lagipun kalau si isteri dah terima tempahan ribu-ribu si suami pun boleh juga tumpang senyum kan kan.
Syarifah @ Syeri juga hadir. awal perancangan mahu bersama sepupu, tapi tak ada rezeki, makanya hanya dia sahaja yang muncul.
MEreka berdua sebenarnya sudah tahu serba sedikit tentang manik, cuma hanya perlu untuk digilap teknik2 yang betul. lepas ni mmmm ber'bling bling' la raya tahun ni... Mereka juga cepat mengangkap ajaran saya. dan sekiranya ada terkurang dalam apa2 juga, minta dihalalkan ya. Nasihat saya, jangan disiakan bakat yang ada, asah sehingga ianya memberika pulangan yang berganda. setidak2nya, dapat mengembalikan modal belajar... terima kasih dari saya buat anda yang mempercayai BLING BLING.
Tahniah buat mereka berdua. Buat anda, tunggu siri bengkel saya seterusnya ya!
take care and keep on bling bling ya!
Thursday, March 4, 2010
kelas 27 feb 2010
Thursday, March 04, 2010
Nor Baizura Hj Abu Bakar