Masa yang di nanti semakin hampir, dalam masa 2 minggu saya akan menamatkan per'sekolahan' saya selama 3 1/2 tahun. Mmm pantas sangat masa berlalu. Pelbagai rasa telah saya kecapi, manis, masin, pahit, kelat. Namun saya cukup berterima kasih kepada ALLAH SWT yang memberikan saya peluang ini dan dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga buat boyfriend saya yang tiga orang, yang selama ini cukup bertolak ansur dan memahami saya. Buat boyfriend pertama aka suami tercinta, buat boyfriend kedua dan ketiga, anak anak lelaki saya yang hebat dan tersayang. Tak lupa juga buat ibu tersayang yang sentiasa membantu dan memahami tugas anaknya.
Ada antara rakan2 per'sekolahan' yang separuh jalan. Ada juga yang terpaksa memanjangkan tempoh dan Alhamdullillah, saya hampir menamatkan perjalanan saya dalam waktu yang dirancang. Alhamdullillah.
Sempat juga saya mengunjungi beberapa blog yang menarik untuk menghilang stress. Antaranya mayacraft, jajakraft, sue d flet, mamayana. tertarik untuk menambahkan ilmu yang banyak lagi yang saya tidak tahu. Tapi beading is my everlasting love.
buat semua, jom kita jenguk jenguk rakan2 bloggers yang lain, Moga kita dan mereka terus diberikan ALLAH kurniaan ilmu yang bermanfaat. Till then keep on bling bling ya!
Wednesday, June 22, 2011
Salam buat sahabat.
Wednesday, June 22, 2011
Nor Baizura Hj Abu Bakar