Thursday, March 22, 2012

nota kaki...

Salam semua yang masih mengujungi laman saya yang bersawang sekejap.
Rasanya mahu meng'update' blog ini, tapi kekangan menggunakan teknologi telefon membataskan saya (tak pandai nak godek cari application sebenarnya ha ha. Broadband dah bertukar tangan kepada encik somi. sebab dia kata saya dah pakai phone changgeh - samsung w canggih ker?? so boleh tgk guna hp jer)

Saya masih lagi menyulam seperti biasa. Alhamdullilah rezeki ALLAH tak putus-putus.
Dan kebanyakan sahabat saya tidak cerewet dengan dateline busana mereka dan itu sangat menyenangkan kerja saya. Tapi seharusnya saya tak patutu mengambil kesempatan. kita takkan tahu masa depan kita macamana kan...

Agak terkilan sebenarnya kerana tidak bisa menyertai pertandingan JARUM MANIK KRISTAL 2012 anjuran FTIMDC kali kedua 1 April.
Walaupun tahun lepas saya tidak berjaya, tapi saya suka mencabar diri untuk berkarya dalam seni sulaman tangan seperti ini. bereksperimental dengan cara sendiri tapi tak lari dari konsep pertandingan. Namun pasti ada sebab yang tersirat yang menjadikan saya terlupa untuk menghantar borang penyertaan. mmm. Mungkin juga ilmu didada masih belum cukup untuk bertanding dengan mereka yang sudah ada tapak di sunia memanik ini. Namun tak salah mencuba dan dancabar minda sendiri. Mungkin rezeki saya di tahun hadapan barangkali.

Pada para pemenang, tahniah atas kerja keras anda. Enjoy the BlingBling!!


Something to ponder...
"People become really quite remarkable when they start thinking that they can do things. When they believe in themselves they have the first secret of SUCCESS"... Norman Vincent Peale

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More