Thursday, April 12, 2012

Salam semua.

Semalam hari kelepasan am sempena pertabalan DYMM Yang DiPertuan Agong ke 14. Sebagai rakyat jati negeri Kedah  (walaupun saya dah 12 tahun merantau mencari 2-3 suap nasi he he) di negeri orang... saya amat berbangga dengan Sultan saya. Inilah kali pertama dalam sejarah negara Malaysia, seorang di lantik menjadi Agong kali kedua.
Saya pernah sekali dua (sikit sangat kan...) bertemu dengan baginda. Susah nak jumpa baginda ni. Pertama saya kat KL, kedua saya selalu (kadang-kadang je) ke tempat yang dilawati Sultan dan Sultanah. Jadi memang for sure takkan dapat jumpa, apatah lagi kat tempat2 macam tu, selalu Baginda dikerumuni rakyat jelata. So saya ni malas nak berebut (alasan!), makanya tak berjumpa la.

Tapi atas pengalaman saya yang seciput ni bersama Sultanah Tuanku Haminah... baginda pandai memasak! Pada suatu hari (gaya bercerita macam siti sifir dalam cerita A.L.O.N.G), semasa saya bertugas di Kedah, Sultanah yang dikenali dulu sebagai Cik Puan salah seorang pelanggan kami. So apabila baginda datang, baginda pasti membawa kuih seri muka. Sedap beb! Baginda tak lokek senyum. So layaklah dia jadi Permaisuri Agong.

Apapun, saya sebagai rakyat jelata di negara Malaysia mendoakan agar Tuanku berdua sihat dan dapat memerintah negara dengan jayanya. DAULAT TUANKU!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More