Saturday, September 8, 2012

borak raya

Salam semua adik manis, kakak manis, kawan2 manis...

Dah setengah bulan Syawal. ada yang beraya lagi... ada yang berpuasa lagi, ada yang tak raya lagi (oppss ada ka?? err sorry. Baru minta maaf dah terlepas cakap lagi!)

Kak Kuntum pecah rekod tahun ni. Beraya sakan dan tak sakan. Kita cita satu satu. Nak baca? Baca lah. Baca ok?! Ok... Terima Kasih. Sayang semua!

Scenario 1...
Balik beraya macam biasa... ke Rembau, membawa ke Alor Setar pada malam raya pertama (sampai alor setar pagi raya kedua), bawa ke Penang raya ke empat dan seterusnya menghala balik ke Ipoh dan pengakhiran dinegri mencari tiga suap nasi... Selangor Darul Ehsan. Dah lama tak dapa tberaya lama. dah tiga tahun asyik kena 'duty' cuti sebelum raya... Nasib Nasib. Tapi Alhamdullillah tahun ni puas sikit.

Scenarion 2...
hari merdeka, baru selesai keluar open house rumah pertama, dapat call dari Alor SEtar. Abang call nangis2 bagitau anak dia kritikal selepas accident. Innalillahhiwainnahillaihirrojiun. (Ungkapan ini bukan untuk berita kematian sahaja ya adik kakak kak kunutm... sekiranya kita mendapat berita buruk, kita boleh mengungukapkan ayat ini). makanya kak kuntum sekeluarga bergegas balik sekali lagi ke Alor Setar dan berkampung di hospital Sultanah Bahiyah. Alhamdullillah walaupun keadaan anak menakan aka anak saudara masih di CICU (Cardiopractic Intensive Care Unit), tapi keadaannya beransur pulih. Bengkak dimukanya makin surut, dan hari Dr dah menghenti untuk sedatif untuk melihat perkembangan dia dan kawannya.
Alkisahnya kejadian berlaku pada pagi merdeka, dia dan kawan2 ke kawasan perkelahan tanpa pengetahuan keluarga. Bila dipanggil balik, makanya tergesa pulang. Dalam perjalanan  (menunggang motosikal .. off course) percuabaan memotong kereta berjaya, namun jeng jeng....
percubaan untuk memotong van gagal dek van tersebut membelok tanpa signal (senario biasa di Malaysia kan!).
So... dia dan kawannya terpaksa dibuang limpa (fungsi limpa untuk menapis perngaliran darah dalam badan dan membekalkan antibodi untuk mewlawan penyakit). kaki kawan patah kedua2nyad dan dia patah tangan kiri...

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat  polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan  arahan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan, tetapi memberi kebaikan  kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya. (sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10842-peningkatan-kemalangan-jalan-raya.html)

Renung renungkan dan selamat beramal. Jangan lupa keep on Bling Bling!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More