Assalamualaikum.
Kak kuntum bicara lagi.Sekali lagi setelah sekian lama 'hilang'...
Namun kali ini topiknya berbeza. Teramat berbeza.
Saya telah kehilangan seorang suami, sahabat, rakan baik, mentor, teman bergaduh, pencinta, teman merajuk dan bos yang terlalu baik. Allah lebih menyanyi beliau. Tanpa kata, tanpa pesan... dia telah kembali kepada penciptaNYA pada tanggal 06Nov 2012.
Dalam payah, dalam getar, aku redha. Aku harus optimis.
Allah sayangkan aku kerana itu DIA memberikan aku ujian ini. Allah Maha besar.
Ustaz Pahrol pernah berkata dalam ceramah nya... Masalah bukan masalah sebenarnya. Hidup di dunia adalah untuk di uji. Aku bersedia atau tidak, aku harus redha. Apa sahaja masalah dalam hidup, ALLAH Maha Besar dari segala masalah kita... TErima 4 perkara...
1. Sedari siapa kita yang di uji ... kita hanya hambaNYA. makanya kita tidak perlu mempertikaikai kenapa dan mengapa kita diuji. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dari aku sendiri. We cannot direct the wind... but we can direct the sail!
2.Kenalilah ALLAH yang menguji kita .. Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. jadi ujian ini hanya cubitan kasih dari ALLAH untuk menjadikan kita lebih baik. Seorang ibu menghukum anaknya kerana sayang jadi ALLAH menguji kita kerana kita masih lagi disayanginya. Musibah yang datang dari ALLAH tak terlepas dari kasih sayang ALLAH!. ALLAH paksa kita mengingatiNYA dengan musibah yang datang. Dalam musibah ada kebaikan...
3. Carilah tujuan sebalik tujuan ... ALLAH bagi kita pedih dengan ujian sebab untuk membuang penyakit dalam diri sendiri. ALLAH sedang mendidik kita melalui musibah untuk keluarkan potensi kita. Jiwa kita kena sabar, dan kekuatan kita. ALLAH mendidik kita dengan datangnya ujian pada kita samada untuk kecemerlangan dunia mahupun akhirat. Kegagalan adalah yuran kepada kejayaan dan peluang untuk menjadi lebih baik.
4. Hayatilah hikmah sebalik ujian ini... aku ada Tuhan Maha Besar. Kita jaga ALLAH, maka ALLAH akan jaga kita. Kita lemah, tapi bila kita bersandar pada ALAH makanya ALLAH lebih besar dari segala masalah kita. Kita cari ALLAH dulu bila berdepan dengan masalah. Let go and let GOD!
AL FATIHAH buat kekasihku , Suami ku, Abah kepada anak2 ku... FAUZI MD DARUS.
Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman.
AMIN.
Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata