Tuesday, January 1, 2013

Pergilah 2012... selamat datang 2013



‎2012..
meninggalkan aku dengan pelbagai kisah hidup. Permergian suami tersayang cukup meninggalkan kesan pada aku dan anak-anak tahun ini. Namun dalam pasrah kami redha.. Pastinya Allah SWT tahu apa yand DIA rencanakan buat kami. Dalam jerih perih, aku harus terus kuat untuk mendidik anak-anak untuk menjadi pencen akhirat kami berdua nanti.

Datanglah 2013..
Aku akan tempuhi masa mendatang tanpa syarat.
Aku akan menjalani masa seterusnya dengan keyakinan yang ALLAH akan bersama aku dan anak anak setiap masa dan saat.

Dengan rasa kasih sayang, dan penuhi dengan sikap positif dan mengejar redhaNYA serta semoga dipermudahkan urusana kami sekeluarga sepanjang masa.

AMin.

S E L A M A T D A T A N G 2 0 1 3!!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More