Wednesday, August 13, 2008

salam

bertemu lagi kita. Hmmm pejam celik pejam celik hanya tinggal kurang dari 3 minggu untuk kita menyambut bulan Ramadhan. dan hari Ahad ni, 17 Ogos adalah Nifsu Syaaban dimana, segala amalan kita selama setahun lalu ditutup dan diberikan naskah yang baru. dan minggu ni adalah hari terakhir persekolahan... maka akan banyak jugaklah jemputan ke majlis kenduri kawin, kenduri arwah dan ada jugak yang menganjurkan kenduri doa selamat.

saya selitkan lagi di sini, secebis lagi hasil kerjatangan saya. Kak Bad antara orang-orang yang tak pernah jemu untuk menghantar baju untuk saya jahit. mmm cikgu yang glam jugak rasanya. nasib baik anak daranya masih kecik, kalau tak mahu jugak anaknya glam cam emaknya. he he

Manik tabur di tangan dan leher mengujur ke bawah menghampiri pinggang. dan saya ada letak 'border' di sekeliling taburan tu, saya buat lingkaran kasih, tapi tulah... sebenarnya gambar sepenuhnya ada dalam hp lama yang sudah 'missing in action'. yang ada cuma, yang ini. kalau saya dapat minta dari tuan punya baju, saya akan add on kat sini untuk tatapan viewers semua.

till then, keep on bling bling yer!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More