Wednesday, December 2, 2009

pertandingan piala sulaman manik dan labuci 2010





Hampir setahun berlalu acara Majlis Makan Malam dan Pertandingan Piala Sulaman Manik & Labuci 2009 diadakan. Bagi mereka telah hadir dan juga kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadiri acara gilang gemilang yang telah diadakan, pihak FTIMDC yang diasaskan oleh Puan Rozita Jaafar akan mengadakan acara tersebut seperti berikut :


Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Tun Rahah Grand Ballroom, Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 pagi

Terdapat banyak agenda menarik yang telah disusun dan tidak lupa juga tawaran hadiah yang menarik, MENUNAIKAN UMRAH kepada JOHAN PERTANDINGAN kepada mereka yang menyertai pertandingan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010.

Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke acara “LUNCHEON” dan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010, anda boleh membeli tiket yang berharga RM75.00 dari pihak FTIMDC. Bagi mereka yang telah menyertai BEADERS FAN CLUB yang diasaskan oleh Pn Rozita, peluang terbuka kepada anda untuk membantu menjual tiket acara tersebut. Mereka yang menjual tiket sebanyak 10 keping, akan memperolehi 1 tiket percuma untuk acara tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi, silalah daftar nama anda bagi menyertai acara majlis gilang gemilang ini.

Maklumat lanjut mengenai acara dan butir-butir pertandingan bolehlah klik
ACARA PERTANDINGAN PIALA SULAMAN MANIK LABUCI 2010


BORANG PERTANDINGAN




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More