Thursday, May 24, 2012

taburan lagi

Salam....
Kali ini saya diamanahkan untuk menghias busana milik teman sepejabat.
kalau anda browse blog saya:http://b2bead.blogspot.com/2008/09/lady-boss.html , tuan punya busana yang sama. dan rekaan yang dimahukan juga sama!
Lama juga dia tidak 'bersama' saya. dari tahun 2008 ha ha lama sangat. Tapi rezeki dari ALLAH SWT, saya bersyukur.

Beliau mahukan taburan di tangan bersesuaian dengan tudung ala2 CT yang siap dijahit manik untuk digaya sempena majlis perkahwinan adinda beliau..

Saya suka material dari fabrik Thai silk ini amat menyenangkan. Alhamdullillah.

Warna manik (part paling susah!)..., pada mulanya agar sukar untuk disuai padan. Warna pada tudung tidak begitu menolong apabila ke kedai manik. Akhirnya selepas match making berkali kali, makanya saya mendapat ilham menggunakan warna contrast - shocking pink dan light pink!.

Teknik taburan pada kelihatannya amat mudah untuk di sulam, namun sebenarnya antara teknik yang rumit (pada saya, pada anda yang pro, mungkin senang banget). Manik perlu disulam satu persatu (tiada jalan pantas, kerana hasil yang amat berbeza), dengan teknik jahit terbalik (saya panggil teknik gostan) untuk mengelakkan manik senang tertanggal.

Dan yang paling mustahak benang yang digunakan harus menyamai warna latar busana untuk memberikan mutu jahitan yang lebih baik. MAnik yang saya guanakan manik jenis hex dua tona.
Jahit dengan taburkan berselerak pada bahagian atas, dan  sulam rapat di bawah pergelangan tangan. 
Namun apa2 pun berbalik pada bajet pelanggan untuk mahukan efek yang lebih 'premium!' macam contoh sulaman premium ini http://b2bead.blogspot.com/2009/09/taburan-premium.html

Akhir kalam, keep on blingbling ya!!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More